Experience.Life.Moments.Feelings.Thoughts

Monday 9 April 2012

another useful dua' to ponder :-)


k, mlm ni excited sket nk try kelajuan internet yg kunun2 laju unifi tu..mmg la laju tp kat luar je (hall) bl masuk bilik..hampeh..xtau silap mende..xkan itab i ni kot o_0 melampau la kan..laptop daud pn slow gak..nothing special pn bout unifi for me yg bkn hardcore download la..tp incik daud try donlod tgk cam laju..ok la, pueh ati kot.xpyh pki astro yg cm chipsmore signal dia tu..time hjn je hlg siaran..hmm...

just like wht ive mentioned b4, tis week adalah my 39week n nxt tuesday klo xde ape i shud b induced..hrp2 la anak mama ni blh siap kemas ( bak kata nenek dia tgh kemas2 dlm ni ) dlm week ni jg..xsbr la nk jmp syg mama ni..ekceli m starting to get nervous sbb mcm x rs2 contraction yg slalu org lain rs..seb baik incik daud tngkan pikiran dok habaq anak kami ni take time ( xmo ckp lambat or slow hihi)  or sgt cool orgnye in everything..cth time uri kat bwh ms mgu ke 36/37 (suppose uri da naik time tu) las minit check up doc kata everything normal plk..same cam kepala dia x engaged lg time check kt govt, then check up kat pantai doc scan kata da normal n da elok masuk dah..*las minit gak.. haha adoi anak mama ni buat mama nerbes je..k, ni ak nak share 1 entry bout dua' to ponder bg mummies yg tgh tgu saat kelahiran ank kesygan cm  aku ni..jom kt amalkan sm2..smga diper,udahkan..amin...


Doa-doa menjelang bersalin

1. Surah Al-Anbiyak ayat 87
" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."

2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255
" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

3. Surah Al-A'raf ayat 54
" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."

4. Surah Al-Falaq
" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."

5. Surah An-Nas
" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."(Riwayat: Ibnu Sunny)Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."-

Dipetik daripada buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.

the final week :-)

me @39weeks..rasa? honestly i dont feel anything except kengkadang nk bgn dr tdo or b ring or dok bwh tgang sket kwsn ari2 tu..tht's does not sound good cz bc blog org lain sume mcm da start alami contraction...ak pulak x rasa ape..adoi..anyway still thankful to Allah cz spjg 9 bln ni i had a very great moment..x sikit pn rs burden bawa anak kesayangan kami ni ke hulu ke hilir..Alhamdulillah...cuma lately ni x sbr sgt nak dia kuar..cptla ank mama kluar..x sbr ni.. ;)


k, entri kali ni nak share 1 artikel bout our body after deliver.Insyaallah bermanfaat for all of us..byk site n blog share about things to ponder after deliver..tp biasa pas baca trus close tab kan, so letak dlm entri blog aku ni gak..huhu


Badan anda mengalami pelbagai perubahan semasa mengandung dan juga selepas bersalin. Berikut merupakan fakta-fakta menarik tentang badan anda selepas bersalin:-

1) Berat badan berkurangan 4-5 kg sejurus selepas bersalin
Benar. Sejurus selepas bersalin, berat badan berkurangan sebanyak 4-5 kg kerana berat bayi yang mempunyai berat 2-4 kg sudah selamat dilahirkan. Di samping itu, darah dan cecair amniotik juga akan keluat semasa bersalin. Dalam masa seminggu, anda akan kehilangan lagi 1-2 kg cecair yang menyebabkan anda sembab semasa trimester terakhir mengandung. Untuk kembali ke berat badan asal sebelum bersalin, berikan masa secara berperingkat dan bukannya mendadak dengan bersenam, menyusu badan dan menjaga pemakanan. Anda mengambil masa 9 bulan untuk menambah berat badan semasa mengandung, jadi berikan masa yang sama untuk mengurangkannya kembali ke asal

2) Keguguran rambut
Benar. Hampir 50% wanita akan mengalami keguguran rambut yang biasanya berlaku sebulan sehingga 6 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon estrogen semasa mengandung melambatkan proses pengguguran rambut dan melebatkan rambut. Selepas bersalin, hormon akan mengambil masa untuk kembali kepada normal sebelum rambut anda kembali kepada kitaran asal pertumbuhan dan pengguguran. Bagi mengekalkan rambut yang sihat dan mengelakkan keguguran rambut, ambil makanan yang kaya dengan protein, zat besi, zink, flavonoids, antioksidan dan silika yang bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut.

3) Anda perlu makan lebih banyak semasa menyusu badan
Palsu. Kalori yang terdapat dalam susu badan kebiasaannya adalah dari lemak badan yang terkumpul (yang menebal semasa anda mengandung). Pantau berat badan anda sepanjang menyusu supaya berat badan anda berkurangan 500-1000 g seminggu, sehingga anda mencapai berat badan ideal. Jika berat badan berkurangan melebihi 1 kg seminggu, makan berlebihan sedikit (200-300 kalori sehari). Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang kerana nutrisi yang terkandung dalam makanan akan juga diserap dalam susu badan. Amalkan pemakanan buah, sayur, susu rendah lemak, bijirin penuh dan protein sepanjang menyusu. Anda juga boleh mengambil vitamin suplemen supaya vitamin dan mineral dalam badan sentiasa mencukupi buat anda dan anak tersayang.

4) Jerawat
Benar. Kitaran daran akan meningkat sebanyak 50% semasa mengandung, terutamanya di bahagian muka. Selepas bersalin, kitaran darah akan kembali ke normal dan kitaran hormon yang masih tidak stabil akan menyebabkan wajah anda mungkin ditumbuhi jerawat. Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan wajah dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan produk penjagaan muka yang mengandungi retinoid. Retinoid akan mempercepatkan proses pertumbuhan sel kulit dan menaikkan seri wajah. Bagi yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, gunakan produk mengandungi kombinasi benzyl peroxide dan retinol. Walau bagaimana pun, jika anda menyusu, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk tersebut untuk memastikan ia selamat buat bayi anda.

5) Perut buncit selepas bersalin kerana rahim mengembang semasa mengandung
Palsu. Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar. Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masaalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting.

6) Kesan rekahan kulit perut adalah kekal
Benar dan palsu. Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri  )